Tentang Kami

SEJARAH HOSPITAL USM

Hasrat menubuhkan Pusat Perubatan di Universiti Sains Malaysia telah wujud seawal April 1974 namun tertangguh sehinggalah dengan rasminya diumumkan pada awal tahun 1979 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri ketika itu di bawah Projek Kompleks Perubatan.

Selaras dengan keputusan tersebut, kerajaan memutuskan supaya kompleks Pusat Pengajian Sains Perubatan di tempatkan di Kubang Kerian dan hospital yang sedang dibina bermula 1977 di bawah Kementerian Kesihatan diambil alih oleh Universiti Sains Malaysia untuk dijadikan hospital pengajar dengan kos pembiayaan sebanyak RM29.5 juta. Dari situ, Universiti Sains Malaysia mempertingkat kerja-kerja pembinaan di samping menyegerakan pengambilalihan kawasan tanah yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan seluas 72.84 hektar (180 ekar persegi) untuk pembinaan Kompleks Perubatan Universiti Sains Malaysia.

Perkembangan Projek Kompleks Perubatan dalam era Rancangan Malaysia Ke-3 dan Rancangan Malaysia Ke-4 tertumpu kepada pembinaan bangunan hospital sehingga siap sepenuhnya dalam tahun 1983. Serentak dengannya, didirikan juga bangunan-bangunan sokongan iaitu asrama jururawat/doktor pelatihasrama pelajar perubatan Blok L1, kafeteria pelajar, perpustakaan perubatan, asrama pelajar perubatan hospital daerah Jerteh, gelanggang permainan, desa rakyat, stor pusat HUSM, asrama pelajar Blok L2, pusat pelajar dan dewan serba guna.

Di samping itu, beberapa buah rumah telah dibeli untuk penginapan staf. Jumlah unit rumah yang telah dibeli ialah

- 42 unit rumah teres satu tingkat di Pasir Tumboh

- 10 unit rumah teres dua tingkat di Pengkalan Chepa

- 15 unit banglo satu tingkat di Pasir Tumboh

- 43 unit rumah teres dua tingkat di Pasir Tumboh

Sepanjang Rancangan Malaysia Ke-5, Projek Pembangunan diteruskan dengan pembinaan beberapa buah bangunan lagi. Bangunan-bangunan yang telah dibina ialah Rumah Haiwan, Kompleks Sukan, Desa Murni, Pusat Pengajian Sains Perubatan termasuk blok pentadbiran, dewan kuliah, makmal pelbagai guna, bilik tutorial dan kafeteria.

Projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Ke-6 berjalan agak perlahan kerana kekangan kewangan. Hanya blok 11 dan blok 13 dapat dibina dalam tempoh tersebut.

Walau bagaimanapun, dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-7, projek Pembangunan berjalan dengan dengan rancak. Banyak bangunan telah dibina iaiu, Pusat Pengajian Sains Pergigian, asrama pelajar yang boleh menampung 1000 orang pelajar, dewan serba guna, pejabat Hal Ehwal Pelajar serta surau USM, dewan kuliah, makmal kemahiran klinikal, rumah tetamu, blok 9 PPSP, jabatan bendahari, jabatan pendaftar dan jabatan pembangunan.

Projek Pembangunan ini tertangguh dalam Rancangan Malaysia Ke-8 dan disambung semula dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Perancangan pembinaan HUSM dan kompleks Perubatan ini dilakukan oleh para profesional luar negeri yang berpengalaman dalam "Health Care Design".

MISI HOSPITAL USM

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) akan menerokai bidang-bidang baru dalam perkhidmatan perawatan pesakit dan menjadi sebuah pusat perubatan yang cemerlang dengan pemberian yang berkualiti dan penggunaan teknologi yang canggih.

DASAR KUALITI HOSPITAL USM

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) adalah Hospital Pengajar dan Rujukan yang cemerlang dengan perkhidmatan berkualiti dan berteknologi terkini. Kami beriltizam untuk memberikan yang terbaik kepada setiap pesakit dengan mengamalkan nilai-nilai kualiti dalam melaksanakan piagam pelanggan hospital. Kami bertekad untuk mengutamakan kesejahteraan pelanggan demi mencapai hasrat yang diamanahkan oleh kerajaan. Kami juga komited untuk menyediakan kemudahan yang secukupnya bagi menjamin graduan-graduan yang mahir dan cekap.

DASAR KORPORAT

Sebagai sebuah organisasi korporat yang cemerlang, Hospital Universiti Sains Malaysia memberikan perkhidmatan perawatan pesakit yang beroperasi berdasarkan kepada:

  • Kecekapan pentadbiran dan pengurusan
  • Produk perkhidmatan yang berkualiti
  • Berkepentingan dalam aktiviti pengajaran dan penyelidikan
  • Penjanaan kewangan yang optima
  • Pembinaan nilai murni sumber manusia
  • Pemeliharaan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat

About Us

USM HOSPITAL MISSION
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) will explore new areas of patient care services and become a medical center of excellence with the provision of high quality and advanced technology.

USM HOSPITAL QUALITY POLICY
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Teaching and Referral Hospital is an excellent quality service and the latest technology. We are committed to providing the best for each patient by applying the values of quality in the performance of charter hospital. We aim to satisfy customers in order to achieve well-being entrusted by the government. We are also committed to provide adequate facilities to ensure that graduates are skilled and competent.

CORPORATE POLICY

As an outstanding corporate organization, Hospital Universiti Sains Malaysia provide patient care services that operate based on:

  • Efficiency in the administration and management
  • Quality in services
  • Interested in teaching and research activities
  • Generation of optimal financial
  • Construction of human values
  • Preservation of social responsibility towards society

Maklumat tambahan