Dunia Medik

  • KUBANG KERIAN, 24 Februari 2016 –Seramai 40 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pak Badol, Melor berserta tiga orang guru pengiring menyertai lawatan sambil belajar ke USM.

    Lawatan ini adalah bertujuan mendedahkan pelajar mengenai dunia perubatan yang sebenar. Lawatan ini menfokuskan kepada tiga bahagian utama iaitu Unit Forensik HUSM, Pusat Genom Manusia PPSP, dan Unit Pemulihan Perubatan HUSM.

    Pusat Genom Manusia, mendedahkan kepada para pelajar tentang Asid Deoksiribonukleik (DNA) dan Gen yang ada dalam tubuh manusia. Para pelajar juga diberi peluang mengenali makmal dan peralatan yang digunakan untuk menjalankan kajian DNA.

    Menurut pelajar 5 Sains SMK Pak Badol, Nurul Atiqah Zambari, “Lawatan ini memberi pengetahuan lebih lanjut tentang bidang perubatan dan saya semakin teruja untuk meneruskan cita-cita untuk menjadi doktor bedah”.

    Manakala, Guru Penolong SMK Pak Badol, Rose Elina Ibrahim berpendapat “Pendedahan awal ini adalah untuk menarik minat pelajar aliran sains ke dalam dunia medik yang sebenar”.

            Tambah beliau, “Selepas diberi pendedahan oleh pihak USM, pelajar nampak lebih berminat dalam bidang ini. Selain itu, dapat mengubah persepsi pelajar terhadap USM, bukan sekadar hospital sahaja tetapi merupakan tempat belajar bidang perubatan”.

            Teks: Siti Nur Zainab, Nor Arina, W. NurulAzreen, Normimi Shahira (Pelajar Internship)

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Khamis 05 Disember 2019.
Jumlah Pengunjung
748484