AMPUTASI : KAEDAH DAN RAWATAN PEMULIHAN

KOTA BHARU, KELANTAN, 17 September 2020 – Amputasi bermaksud pemotongan sebahagian daripada anggota badan sama ada dengan kaedah perubatan atau disebabkan oleh kemalangan. Jenis–jenis amputasi anggota bawah termasuklah disartikulasi sendi pinggul, hemipelvectomy, amputasi atas lutut, amputasi bawah lutut, disartikulasi sendi pergelangan kaki (symes) dan amputasi kaki (chopart).

SAVE 20200918 135833

Pegawai Perubatan, Unit Perubatan Pemulihan, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Anis Afikah Ismail berkata, terdapat beberapa punca terjadinya amputasi, antaranya ialah disebabkan masalah sejak dari lahir, komplikasi kencing manis, masalah saluran darah, jangkitan kuman, barah dan juga akibat kemalangan yang tidak disengajakan.

“Mengikut statistik semasa yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), amputasi bahagian bawah anggota badan menyumbang jumlah kes paling banyak berbanding anggota badan atas iaitu sebanyak 84 peratus bagi semua peringkat umur.

“Pada kebiasaannya, pesakit yang mengalami amputasi ini akan mengalami kejutan, kekeliruan, murung dan ragu–ragu untuk menjalani kehidupan baharu serta pesakit ini akan dilabel sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) sehingga menyebabkan segelintir pesakit mengalami kurang keyakinan diri untuk meneruskan kehidupan mereka,” katanya ketika ditemubual dalam segmen Sembang Sihat yang disiarkan secara langsung menerusi radio Kelantan FM.

SAVE 20200918 141822

Tambah Anis, terdapat beberapa langkah yang perlu dititik beratkan terhadap pesakit yang melakukan amputasi iaitu kekuatan mental serta sokongan daripada keluarga dan masyarakat. Perawat di bahagian rehabilitasi juga memainkan peranan penting dalam memberi sokongan dari segi psikologi dan juga khidmat nasihat kepada pesakit dalam menangani penyakit yang telah sedia ada.

"Bagi pesakit yang memerlukan kaki palsu pula, beberapa kriteria perlu dipatuhi antaranya berfikiran normal, pesakit yang mempunyai penyakit sedia ada tetapi tidak dapat berjalan, pesakit amputasi yang mempunyai kriteria seperti sendi normal serta pulih selepas empat bulan dan akhir sekali pakar rehabilitasi akan mengklasifikasikan pesakit untuk kaki palsu yang sesuai.

“Langkah pencegahan bagi mengelak daripada amputasi ialah sentiasa berhati-hati di jalan raya, elakkan dari bermain mercun, kurangkan gula dalam makanan dan jika bekerja di tempat yang mempunyai risiko tinggi, anda perlu mematuhi arahan keselamatan serta tidak merokok," jelasnya lagi.

Anis turut menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga anggota badan sebaik mungkin dan jangan berharap kepada doktor serta alatan sepenuhnya kerana doktor hanya membantu memberikan perawatan tetapi diri anda sendiri yang menentukan nasib anda.

"Dapatkan rawatan di hospital dan klinik yang berdaftar agar anda mendapat rawatan yang sepatutnya dan elakkan dari membeli peralatan kesihatan yang tidak diiktiraf contohnya seperti kaki palsu dari media sosial atau internet.

"Kesilapan membeli peralatan yang tidak sesuai dengan diri anda akan memudaratkan kesihatan sekaligus merugikan," ujarnya.

Teks & Foto : Muhd Zulkifli Zakaria

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Rabu 21 Oktober 2020.
Jumlah Pengunjung
1731782