USM PERKENAL KEMPEN KESIHATAN MELALUI PLATFORM DIGITAL

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 9 Ogos 2020 – Unit Rawatan Kebakaran, Universiti Sains Malaysia (USM) memperkenalkan sebuah filem pendek animasi 3D sempena kempen ‘Burn and Blast Injury Awareness’ menerusi platform media sosial Facebook, Instagram dan Youtube.

6a2ffa5d 2d89 4235 bf9a d946c1a41e2f

Video pendek berdurasi 1 minit 17 saat itu dilancarkan pada bulan Mei lalu bertujuan memberi kesedaran ekoran Hospital USM sering menerima kes kecederaan luka terbakar dengan peningkatan yang memuncak setiap kali musim perayaan khususnya pada bulan Ramadan dan Syawal.

Menurut Pengarah projek yang juga Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif, Unit Sains Rekonstruktif, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Dr Siti Fatimah Noor Mat Johar, menyedari kes kecederaan akibat mercun menunjukkan peningkatan di Malaysia, Unit Rawatan Kebakaran mengambil inisiatif bekerjasama dengan Syarikat WAU Animation Sdn Bhd menghasilkan video untuk mendidik masyarakat tentang bahaya bermain mercun.

9efe8209 d716 4477 b9cb 3bdd55c99498

“Lebih dahsyat apabila kes-kes luka terbakar melibatkan kecederaan akibat letupan adalah disebabkan oleh mercun yang dibeli atau mercun buatan sendiri sehingga menyebabkan kecederaan, kerosakan serta kecacatan kekal.

“Kami sangat bertuah dapat bekerjasama untuk menghasilkan video pendek ini kerana ‘WAU Animation’ menerusi nama ‘thewaufactor’ mempunyai 143,000 pengikut di laman Youtube sekali gus memberi impak positif ke atas video kempen kesedaran kesihatan ini,” ujarnya.

c763f7fe 632e 410a af33 9bd31962a50c

Tambah Fatimah, projek penghasilan video animasi bersama ‘WAU Animation’ ini telah memberi nilai tambah baharu untuk mempromosikan kempen kesedaran kesihatan melalui platform digital selain menarik perhatian para pelabur untuk membiayai projek sebegini di masa hadapan.

“Menerusi kolaborasi ini, ‘WAU Animation’ telah menghasilkan watak kartun atau harta intelek (I.P) untuk USM yang mana USM mempunyai semua hak untuk menggunakan watak kartun ini untuk kempen atau projek lain yang akan datang bagi mengurangkan kos untuk projek masa depan.

9697af81 b4d9 4018 9467 8e379c310feb

“Siri kedua video pendek ini bakal ditayangkan pada akhir bulan Ogos depan manakala siri ketiga pula pada penghujung tahun nanti,” jelasnya lagi.

Fatimah turut memohon kepada semua supaya ‘SHARE’ dan ‘LIKE’ video tersebut untuk menyebarkan mesej "Raya Cun Tanpa Mercun" atau "Bakar Semangat Bukan Api" bagi menyampaikan mesej kepada segenap lapisan masyarakat menerusi pautan: https://www.facebook.com/152558971471811/posts/3076707712390241/?sfnsn=mo&d=n&vh=e #staytune #kitajagakita.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Rabu 21 Oktober 2020.
Jumlah Pengunjung
1731926