PEKA TERUS SALUR SUMBANGAN ALATAN KEPERLUAN WAD KANAK-KANAK

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 April 2020 - Prihatin akan derita dihadapi oleh pesakit kanak-kanak yang dirawat di Wad Pediatrik Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Persatuan Kebajikan Pesakit Kanak-kanak (PEKA) Hospital USM mengambil inisiatif membantu serta memberi sumbangan berbentuk peralatan dan kewangan kepada pesakit.

IMG 20200409 214523

Menurut Yang DiPertua PEKA Hospital USM, Profesor Madya Dr. Norsarwany Mohamad, PEKA merupakan sebuah badan kebajikan yang diterajui oleh kakitangan Hospital USM bertujuan untuk membantu pesakit kanak-kanak yang layak mengikut kriteria ditetapkan seperti pesakit dari golongan keluarga miskin atau asnaf bagi meringankan beban pesakit dan keluarga.

"PEKA ditubuhkan pada tahun 2010 dan bergerak aktif menjana kewangan hasil aktiviti persatuan seperti konferen, bengkel, kursus dan aktiviti jualan bagi menambah dana persatuan selain turut mendapat sumbangan peribadi daripada orang perseorangan dan badan bukan kerajaan (NGO) lain.

IMG 20200409 214557

"Dana yang terkumpul akan disumbangkan kepada pesakit kanak-kanak sama ada dari segi bantuan kewangan secara 'one off' atau secara bulanan untuk tempoh dua tahun bagi kes-kes terpilih serta bantuan pembelian peralatan untuk wad dan klinik yang merawat pesakit kanak-kanak di Hospital USM," ujarnya.

Norsarwany yang juga Ketua Jabatan Pediatrik, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM berkata, dalam Mesyuarat Agong Tahunan PEKA yang lalu, ahli mesyuarat bersetuju untuk menyumbangkan RM20,000 bagi pembelian peralatan yang diperlukan untuk kegunaan pesakit kanak-kanak Hospital USM.

"Dengan jumlah tersebut, PEKA  menyumbangkan empat buah katil bayi kepada Wad Nilam Hospital USM bagi memenuhi keperluan wad tersebut yang kekurangan katil bayi".

"Di samping itu, PEKA turut membeli peralatan yang diperlukan oleh wad dan klinik pediatrik seperti pendingin hawa, 'Vital Sign Monitor Trending' dan alat menguji tekanan darah", ujarnya lagi.

Tambah Norsarwany, PEKA juga amat mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai dan boleh disalurkan terus ke akaun PEKA: 0300341000117950 (Bank Simpanan Nasional) atau melalui cek kepada 'Persatuan Kebajikan Pesakit Kanak-kanak HUSM (PEKA)'.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Rabu 21 Oktober 2020.
Jumlah Pengunjung
1732048