HOSPITAL USM HADKAN JUMLAH PELAWAT, CEGAH PENULARAN COVID-19

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 Mac 2020 – Sebagai langkah pencegahan untuk meminimumkan risiko jangkitan di dalam fasiliti perawatan ekoran penularan wabak COVID 19, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menghadkan jumlah pelawat kepada dua orang bagi setiap pesakit dalam satu-satu masa.

drahmadsukari

Menurut Pengarah Kampus Kesihatan yang juga Pengarah Hospital USM, Profesor Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim, pelawat yang mempunyai gejala Influenza seperti sakit tekak, batuk, selesema, demam, muntah dan cirit birit juga tidak dibenarkan melawat pesakit dan berada di wad.

“Pelawat yang berisiko tinggi mendapat jangkitan seperti menghidap penyakit kronik dan individu dengan imuniti rendah contohnya pesakit dalam rawatan barah juga tidak dibenarkan melawat kecuali atas sebab kecemasan yang tidak dapat dielakkan.

“Selain itu, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun turut tidak dibenarkan melawat pesakit di wad,” katanya.

Tambah Sukari, masa melawat pada setiap hari juga dipendekkan kepada 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang dan 5.00 petang hingga 6.30 petang setiap hari termasuk hari Jumaat, Sabtu dan cuti am.

Jelas Sukari lagi, dalam situasi sekarang, perkhidmatan rawatan kepada orang awam masih menjadi keutamaan pihaknya.

“Pihak kami mengambil kira perkembangan semasa dan langkah-langkah yang diambil ini adalah bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pesakit yang masih dalam rawatan serta warga kerja Hospital USM terpelihara.

“Arahan ini selaras dengan pelaksanaan kawalan pelawat hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti yang diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini”, ujarnya lagi.

Sukari turut memohon kerjasama pelawat yang ingin berkunjung ke Hospital USM agar mencuci tangan dengan sempurna terlebih dahulu sebelum memasuki kawasan perawatan.

“Usaha bersama antara Hospital USM dan pelawat diharap dapat membendung penularan wabak COVID-19 yang semakin berleluasa kini”, katanya.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Rabu 21 Oktober 2020.
Jumlah Pengunjung
1731673