PENGGUNAAN BORANG RUJUKAN BAHARU BERKUATKUASA 15 MAC 2020

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 11 Mac 2020 – Penggunaan borang baharu bagi rujukan pesakit menjalani pemeriksaan atau rawatan di fasiliti kesihatan luar diperkenalkan bertujuan untuk pengumpulan data pesakit yang dirujuk keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (USM).

drnikmin1

Menurut Timbalan Pengarah Klinikal Hospital USM, Dr. Nik Min Ahmad, penggunaan borang baharu ini akan berkuatkuasa pada 15 Mac 2020 bagi pengurusan yang lebih teratur mengenai maklumat pesakit.

“Borang baharu ini lebih efisien untuk mengetahui maklumat yang lebih jelas mengenai rujukan keluar dan rawatan yang telah dilakukan kerana penggunaan borang sebelum ini terlalu ringkas dan tidak lengkap serta tidak disimpan dengan cara yang betul.

“Penggunaan borang baharu ini adalah disebabkan teguran oleh Juru Audit Negara kerana borang yang digunakan sebelum ini tidak jelas dan tidak boleh dibuat pengiraan untuk statistik,” ujarnya ketika menyampaikan taklimat sesi pendengaran awam (Townhall Klinikal ) di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM, di sini.

drnikmin

Tambah Nik Min, borang rujukan ini perlu diisi oleh doktor yang ingin membuat rujukan keluar pesakit dalaman bagi menjalani prosedur seperti angiogram, MRI, mamogram dan sebagainya di hospital lain disebabkan paralatan di Hospital USM mengalami kerosakan.

“Pegawai perubatan perlu mendapat persetujuan pesakit terlebih dahulu sebelum mengisi borang rujukan bagi mengelakkan isu berbangkit di kemudian hari.

“Penggunaan borang ini juga bagi mengenal pasti kes-kes yang dirujuk ke hospital luar setelah menerima bil daripada hospital yang menjalankan prosedur ke atas mereka.

Turut hadir dalam taklimat tersebut ialah Timbalan Pengarah Operasi, Profesor Dr Mohd Imran Yusof, Ketua Jabatan Perubatan, Profesor Madya Dr Azlan Husin, Ketua Unit Klinikal Pesakit Luar, Dr Tengku Mastura Tengku Mohd dan Ketua Penyelia Jururawat, Raudzah Haji Mohd Ariffin.

Teks: Anawiah Abdul Aziz / Foto : Abdul Hasib Abdul Rahman

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Rabu 21 Oktober 2020.
Jumlah Pengunjung
1731844