SKIM MYSALAM KURANGKAN BEBAN PESAKIT

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 11 Mac 2020 - “Skim Perlindungan Masyarakat mySalam kini diperluas kepada hospital perubatan universiti dan hospital tentera bertujuan memudahkan golongan yang kurang berkemampuan mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada lapan juta individu rakyat Malaysia”, demikian kata Timbalan Pengarah Operasi, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Mohd Imran Yusof.

drimran

Menurutnya, dengan menyediakan sebuah skim perlindungan kesihatan sosial ini, ia mampu membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan khususnya faktor kewangan jika menghidap penyakit kritikal.

“Golongan yang layak menerima Skim Perlindungan Masyarakat mySalam meliputi 45 jenis penyakit kritikal seperti penyakit alzheimer atau dimensia teruk, angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronasi serta pesakit jangkitan wabak Covid-19 yang akan menerima manfaat hospital RM50 sehari bagi tempoh 14 hari”, jelas beliau ketika menyampaikan taklimat di Sesi Pendengaran Awam (townhall) yang berlangsung di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM, baru-baru ini.

Tambah Imran, individu yang layak menerima mySalam adalah golongan isi rumah berpendapatan kasar tahunan kurang RM100,000 (M40) yang berumur antara 18 tahun hingga 65 tahun dan untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) serta pasangan mereka hingga 31 Mac 2020.

“Penerima BSH individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun, Orang Kurang Upaya (OKU) berumur antara 18 hingga 65 tahun berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun dan penerima BSH yang menghidap penyakit kritikal diberi manfaat bayaran tunai kepada pesakit sebanyak RM8,000.

“Manakala bagi bukan penerima BSH yang berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan sehingga RM100,000 setahun akan menerima faedah penyakit kritikal sebanyak RM4,000”, katanya lagi.

Imran menjelaskan, bagi prosedur pengurusan laporan perubatan mySalam di Hospital USM, pesakit atau pemohon yang layak mestilah mencetak dan membawa borang mySalam ke Unit Rekod Perubatan.

“Unit Rekod Perubatan Hospital USM akan menyediakan Laporan Perubatan dan menyerahkan kepada pemohon untuk tuntutan selanjutnya kepada pihak mySalam.

“Jabatan Bendahari USM juga akan menguruskan tuntutan berdasarkan kelulusan dari Kementerian Kewangan dan membuat bayaran kepada doktor yang mengeluarkan laporan perubatan tersebut,” jelas beliau.

Teks: Wan Nur Suhailah Wan Draman (Pelajar Praktikal USIM) / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Rabu 21 Oktober 2020.
Jumlah Pengunjung
1731891