KONTAK RAPAT PUNCA PENULARAN COVID-19

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 10 Mac 2020– Masyarakat kini amat bimbang dan panik mengenai penularan covid-19 terutamanya di Malaysia disebabkan covid- 19 merupakan virus yang mudah berjangkit melalui ‘droplet’ dari individu ke individu.

Covid- 19 adalah penularan virus yang berpotensi membawa maut kepada orang ramai dan ianya tidak mempunyai vaksin yang tertentu untuk mengelakkan wabak covid- 19 ini terus merebak. Malah, covid-19 ini pada perspektif orang ramai masih belum dapat difahami dengan sepenuhnya pada peringkat ini.

dr fuziah

Pegawai Perubatan, Unit Kawalan Jangkitan dan Epidemiologi Hospital USM, Dr Fauziah Ismail berkata, individu yang dikenali dengan kes ‘Person Under Investigation’ (PUI) mempunyai simptom seperti demam, jangkitan pernafasan akut, batuk, sakit tekak dan sesak nafas.

“Individu PUI ini dikenal pasti apabila mereka mempunyai sejarah perjalanan dari China, Korea Selatan, Jepun, Iran dan Itali serta mereka yang mempunyai kenalan rapat dengan individu yang positif jangkitan covid-19.

“Ramai yang keliru dengan kenalan rapat atau ‘kontak rapat’ covid-19 bermaksud mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan satu (1) meter dengan mereka yang telah disahkan positif covid seperti jururawat yang memakai ‘Personal Protective Equipment’ (PPE) secara lengkap namun secara tidak langsung terlibat dengan penjagaan individu yang disahkan positif covid-19, tinggal berdekatan dengan pesakit serta bekerja dalam persekitaran yang sama dengan pesakit covid-19”, katanya.

Tambah Fauziah, PUI mempunyai dua (2) kategori iaitu kumpulan A (PUI yang perlu ditahan) dan kumpulan B (PUI yang tidak perlu ditahan).

“Kriteria PUI yang ditahan adalah individu secara klinikal sakit, individu yang sering dipantau dengan keadaan perubatan atau morbiditi yang tidak terkawal, wanita mengandung, kanak- kanak berumur dua (2) tahun ke atas, individu yang berusia 65 tahun ke atas, kes yang telah disahkan positif oleh makmal, penyakit yang teruk dan individu yang tidak sesuai dikawal atau dikuarantin di rumah.

“Bagi keadaan individu PUI yang dibenarkan dipantau dari rumah perlu diasingkan bilik tidur dan penggunaan bilik mandi dengan membuat pembasmian kuman yang kerap melalui pemakaian topeng muka, penyediaan sarung tangan di rumah, dan menjauhkan diri daripada individu yang mempunyai risiko tinggi untuk terkena jangkitan covid-19”, jelasnya.

Teks: Wan Nur Suhailah binti Wan Draman(Pelajar Praktikal USIM) & Raziatul Ain Zamri (Pelajar Praktikal USM) Suntingan: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Rabu 21 Oktober 2020.
Jumlah Pengunjung
1731811