KESAN KANSER PADA PERINGKAT AWAL UNTUK ELAK LEBIH BANYAK KEMATIAN

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 Februari 2020 –“Jika kanser dikesan pada peringkat awal, ia adalah salah satu cara untuk mengelakkan berjuta-juta kematian di seluruh dunia”, demikian kata Ketua Jabatan Perubatan Nuklear, Onkologi dan Radioterapi (NOR), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Wan Fatihah Wan Sohaimi.

KESAN KANSER PADA PERINGKAT AWAL1

Menurutnya, pada tahun 2019, statistik pesakit kanser di Jabatan NOR menunjukkan sebanyak 828 kes baharu dan 4,000 kes ulangan.

“Kanser payudara mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 1,097 kes dan hal ini selari dengan statistik “National Cancer Registry 2012-2016’ yang baharu dikeluarkan iaitu sebanyak 19% atau 21, 925 kes daripada keseluruhan kes-kes kanser.

“60% pesakit di Negeri Kelantan yang datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan adalah mereka yang berada pada tahap kritikal iaitu tahap tiga dan empat,” ujarnya semasa menyampaikan ucapan dalam program ‘Walk For Cancer Survivors1.0”, di sini hari ini.

KESAN KANSER PADA PERINGKAT AWAL

Wan Fatihah berkata, perkara tersebut berlaku disebabkan kebanyakan mereka berasa malu untuk datang ke hospital menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan, sebaliknya lebih mempercayai rawatan alternatif iaitu menggunakan khidmat bomoh atau dukun.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, wanitaberumur 40 tahun ke atas disarankan agar  memantau kesihatan diri dari semasa ke semasa dan melakukan pemeriksaan awal seperti pemeriksaan mammogram sebagai langkah pencegahan awal,” katanya lagi.

KESAN KANSER PADA PERINGKAT AWAL2

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Adam Huseinyang merasmikan program berkenaan pula berkata, program tersebut

diadakan bertujuan untuk meraikan pesakit kanser yang telah berjaya melawan kanser di samping memberi sokongan padu kepada pesakit-pesakit yang sedang menjalani rawatan kanser.

KESAN KANSER PADA PERINGKAT AWAL3

“Kira-kira 700 orang peserta mengambil bahagian dan sebahagiannya adalah pejuang penyakit kanser telah berjalan sejauh dua kilometer bagi aktiviti berjalan kaki untuk memupuk ‘healthy lifestyle’ dalam menyahut cabaran tema kanser sedunia iaitu ‘I am dan I will’.

“Program pada hari ini juga sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada orang ramai tentang penyakit kanser dan bahaya kanser sekiranya tidak dikesan pada peringkat awal,”jelasnya.

Teks: Wan Salizawati Wan Ismail / Foto; Wan Mohd Rashidi Wan Mood

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Selasa 11 Ogos 2020.
Jumlah Pengunjung
1499237