HOSPITAL USM PERKASAKAN KEMPEN PENYUSUAN SUSU IBU

SUSU20194

USM, KUBANG KERIAN, 24 Ogos 2019 - Menyusu anak dengan susu badan bukan hanya seruan kerajaan namun ianya merupakan tuntutan dalam agama Islam sama seperti ibadat solat, puasa dan zakat.

Berpegang kepada tuntutan itulah seorang pegawai perubatan, Siti Nur Aqilah Mohd Khairu Adnan yang kini bertugas di Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh tampil menjadi ibu tumpang (susuan) kepada Farah Hanis Fairol yang berusia tiga bulan setengah.

SUSU2019

Menurut Siti Nur Aqilah, beliau dan suami sepakat membantu keluarga Fairol Haziri dan Kamareeah Arwae yang mana Kamareeah kini berada dalam keadaan kurang upaya kesan masalah barah otak sejak melahirkan bayi kedua mereka iaitu Farah Hanis.

"Saya terbuka hati menawarkan diri untuk menjadi ibu susuan setelah membaca kisah menyayat hati keluarga ini di akhbar selain ibu susuan pertama telah pulang ke Kuala Lumpur dan saya pula mempunyai susu badan yang lebih serta usaha ini turut dibantu oleh Persatuan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Universiti Sains Malaysia (KSSUSM).

SUSU20191

"Memiliki tiga orang anak kandung, dua anak susuan dan tugas saya sebagai seorang pegawai perubatan tidak menghalang saya menjadi ibu susuan walaupun keadaan itu sedikit mencabar namun saya tetap komited," ujar beliau ketika ditemui dalam Majlis Perasmian Penutup Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Kampus Kesihatan, USM.

Majlis yang bertemakan 'Memperkasakan Ibu Ayah, Menjayakan Penyusuan Susu Ibu, diadakan sempena sambutan 50 tahun penubuhan USM dan ianya dilihat sebagai satu usaha untuk mempromosikan penyusuan susu ibu sebagai makanan terbaik kepada setiap bayi.

SUSU20192

Majlis perasmian penutup sambutan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi Hospital USM, Profesor Dr Mohd Imran Yusof. Program ini berjaya menarik kehadiran 150 keluarga yang menyokong dan melaksanakan program penyusuan susu ibu.

Majlis ini dianjurkan bersama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada Persatuan KSSUSM, Persatuan Obstetrik dan Ginekologi, Persatuan Kesihatan Wanita, HELWA Pusat Islam USM, Kelab Diet Nutri Kelantan, Persatuan Perubataj Keluarga (FAMOUS) dan Jaringan Inovatif Perubatan Masyarakat USM (INCOME).

SUSU20193

Selain itu, ia turut diserikan dengan dengan pelbagai aktiviti seperti senaman pagi berkeluarga, pertandingan mendeklamasikan sajak dan mewarna selain perkongsian santai suami isteri tentang penyusuan susu ibu.

Teks / Foto: Mohd Hafiz Ya'acob

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Khamis 05 Disember 2019.
Jumlah Pengunjung
748637