UBAT KEMOTERAPI - BAHAYA ATAU TIDAK

KOTA BHARU, 14 Mac 2019 - Kemoterapi merupakan salah satu cabang dalam rawatan kanser. Stigma dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini beranggapan rawatan kemoterapi hanya membahayakan diri pesakit. Namun secara telusnya kemoterapi tidaklah membahayakan seperti yang dijangka.

nazman

Pegawai Farmasi, Unit Pendispensan Aseptik dan Radiofarmasi, Jabatan Farmasi Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd Nazman Che Razak berkata fungsi sebenar ubat kemoterapi bertujuan untuk penyembuhan, mengawal sel kanser merebak selain dilihat mampu meredakan perasaan pesakit yang menghidap kanser.

"Pesakit yang didiagnos menghidap kanser sebaiknya perlu segera mendapatkan rawatan di hospital sebelum mencuba rawatan tradisional yang lain kerana dibimbangi sel kanser merebak ke bahagian lain," katanya ketika ditemubual di konti radio Kelantan FM pagi tadi.

Pemberian ubat kemoterapi perlu mengikut protokol yang dipersetujui oleh semua pakar seluruh dunia serta bergantung kepada jenis-jenis ubat kemoterapi.

"Paling lama pemberian ubat kemoterapi adalah kepada pesakit leukemia iaitu dua tahun di mana selepas enam bulan doktor akan membuat pemantauan terhadap kanser sama ada merebak atau tidak. Jika tidak merebak, pesakit akan terus diberikan ubat yang sama namun jika masih merebak ubat yang lain perlu diberikan dan perlu diambil secara konsisten bagi mengelakkan ubat tersebut menjadi rintang," ujarnya.

Tambah Nazman, kebanyakan ubat kemoterapi diberi di hospital, namun ada juga yang boleh dibawa balik seperti ubat sirup dan tablet, namun dos tambahan perlu diambil semula di hospital selepas habis kitaran penggunaan ubat.

"Nasihat saya jika ada ubat kemoterapi yang dibawa balik, pastikan penyimpanan ubat tersebut selamat, perlu jauh daripada capaian orang ramai, sebolehnya tempat yang berkunci dan tidak di tempat yang tinggi kerana dibimbangi jatuh selain perlu memakai topeng dan sarung tangan getah ketika mengendalikan ubat untuk mengelakkan masalah kepada pengendali seperti kuku menjadi hitam atau keguguran rambut," katanya lagi.

Nasihat Nazman, ubat kemoterapi tidak berbahaya jika dikendalikan dengan betul. Jika ada berlaku tumpahan ubat di rumah sebaiknya hubungi pihak berwajib untuk mengendalikan situasi tersebut.

Teks & Foto: Mohd Hafiz Ya'acob

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Khamis 05 Disember 2019.
Jumlah Pengunjung
748484