CAKNA PERTUTURAN ANAK ANDA

KOTA BHARU KELANTAN, 4 Mac 2019 - Melihat anak kecil bertutur pada awal usia merupakan satu kegembiraan kepada ibu bapa kerana perkembangan bahasa di awal usia adalah proses perkembangan yang baik bagi seorang kanak-kanak. 

Sarina Ahmad


Menurut Pegawai Patologis Bahasa dan Pertuturan, Unit Audiologi Dan Patologi Pertuturan, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Sarina Ahmad, kajian menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran bahasa yang lemah atau kecelaruan pertuturan dan bahasa, sukar mempelajari teknik-teknik untuk membaca dan menulis kerana mereka tidak mempunyai asas atau kemahiran literasi awal yang terdiri daripada kemahiran bahasa. 

“Kebiasaannya kanak-kanak normal mula bercakap pada usia enam bulan sehingga tiga tahun walaupun dalam keadaan pelat atau gagap namun tanda – tanda dia meniru percakapan telah bermula dengan beberapa perkataan dan cubaan membina ayat-ayat pendek”. 

“Dalam tempoh tersebut, ibu bapa perlu peka akan situasi ini, sekiranya dalam usia tiga tahun masih tiada perkembangan positif berkaitan komunikasi anak–anak, ibu bapa perlu membawa anak mereka berjumpa doktor di klinik atau hospital terdekat untuk mengenalpasti dan menangani masalah perkembangan pertuturan”. 

Bercakap semasa ditemubual dalam slot Sembang Sihat di Kelantan FM baru-baru ini, Sarina berkata, setelah masalah dikenal pasti sama ada kanak-kanak tersebut autisme, epilepsi, down sindrom, sumbing bibir, percakapan sengau, masalah pendengaran atau pelbagai masalah lagi, maka rawatan susulan berbentuk rehabilitasi akan diberikan tanpa melalui sebarang suntikan atau ubatan. Kaedah rawatan juga bergantung kepada peringkat umur dan jenis masalah yang dihidapi oleh kanak-kanak tersebut. 

Selain ibu bapa, guru-guru juga memainkan peranan penting dalam memantau perkembangan pertuturan dan komunikasi kanak-kanak. Mereka perlu mengetahui teknik-teknik tertentu untuk digunakan bagi mengenalpasti tanda-tanda kelewatan atau kecelaruan pertuturan bahasa dan cara pemulihan. 

Teks / foto : Abdul Aziz Latif

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Khamis 05 Disember 2019.
Jumlah Pengunjung
748488